PENGENALAN & OBJEKTIF

DISELIA OLEH NORHAMINAH

PENGENALAN & OBJEKTIF

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dibawah projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) fasa 5, sebanyak 250 lokasi akan dibangunkan untuk meningkatkan pembangunan modal insan.

Projek-projek ini akan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan disamping kemudahan-kemudahan fizikal.
Pembinaan 250 Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) diseluruh negara bagi meningkatkan prasarana komunikasi teknologi (ICT) merangkumi komputer dan sambungan internet kepada penduduk luar bandar. Pembinaan PPIK berkenaan adalah kesinambungan daripada projek USP diseluruh negara bermula 2002, yang antara lain bertujuan merapatkkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.


Menerusi perlaksanaan projek USP Fasa 1 hingga 4, sebanyak 1,089 lokasi luar bandar merangkumi sekolah, perpustakaan desa dan klinik desa telah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan talian internet secara percuma.


PPIK bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang ICT bagi meningkatkan mutu hidup masyarakat luar bandar. PPIK membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar, menimba ilmu dan melaksana pelbagai urus niaga elektronik seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan pembelajaran menerusi e-Learning dengan menggunakan kemudahan Internet Jalur Lebar yang disediakan.
Komuniti setempat memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan program program di telecenter. Aktiviti yang dijalankan melibatkan segenap peringkat komunti seperti warga emas, kaum wanita, para belia, usahawan, petani, pendidik, pelajar dan juga golongan kurang upaya. Program khas juga boleh dijalankan dan telecenter boleh dijadikan pusat komuniti untuk berkumpul bersama dam mengeratkan perpaduan.
Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti (PPIK) merupakan salah satu Projek Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama Maxis Broadband Sdn Bhd di bawah Program USP Fasa 5.


MATLAMAT DASAR PPIK


Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dibawah projek USP fasa 5 telah menarik taraf telecentre-telecentre seperti Pusat Internet Desa (PID) dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK). Pusat ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada seramai 1.7 juta orang menjelang akhir tahun 2010.
PPIK dengan sejajar visi kementerian untuk megubah masyarakat Malaysia menjadi masyarakat berteraskan ilmu, siri bengkel pembelajaran untuk pengurusan dapat dijalankan dengan berkesan. Menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet dan menyediakan latihan dan kemahiran ICT kepada masyarakat di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pendalaman (Celik IT).
Bengkel pembelajaran ini dirancang untuk menemukan peserta bagi memastikan visi projek PPIK dikongsi bersama dan peranan masing-masing difahami dengan jelas.
Antara lainnya ialah;
Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan multimedia (Wawasan 2020).
Menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan.
Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan.
Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri ini.
Menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan.
Matlamat ini dapat dicapai sekiranya prasarana yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya oleh komuniti bagi menimba ilmu dan mendapatkan maklumat menerusi internet.
PPIK, menerusi Kelab PPIK akan menggerakkan dan memotivasikan komuniti mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat bagi menjalin satu jaringan komuniti yang berdaya maju.
Bagi merealisasikan matlamat ini, penyelia-penyelia serta ahli komuniti terlebih dahulu dibekalkan dengan latihan ICT dalam usaha menjadikan PPIK sebagai pusat komuniti. Selain itu pihak kementerian juga mengambil inisiatif untuk memberikan pengiktirafan persijilan antarabangsa kepada mereka selepas menjalani latih pusat bagi mengendalikan PPIK.


OBJEKTIF PPIK


Memberi Latihan IT percuma kepada masyarakat setempat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
Merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.
Melahirkan anggota komuniti dalam pembangunan sosial ekonomi dan sejarah tempatan.
Memastikan setiap masyarakat khususnya penduduk luar bandar dan kawasan pendalaman menikmati kemudahan teknologi maklumat.
Meningkatkan mutu hidup penduduk luar bandar.
Penyampaian maklumat dengan pantas.
Melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif.
VISI
Merapatkan jurang digital dan jurang minda antara bandar dan luar bandar yang mana golongan yang miskin maklumat/teknologi dengan yang kaya dengan maklumat/teknologi.
MISI
Memberi pendedahan kepada komuniti dengan cara menggunakan komputer. Memberi pendedahan kepada komuniti dan kegunaan internet. Menanamkan minat kepada komuniti dan penguna ICT (Teknologi Maklumat Informasi). Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti mengenai kemudahan Aplikasi Elektonik.

HALWA TELINGA

SATU SUARA, SATU KOMUNITI, SATU PERSATUAN

HALWA TELINGA


CBOX

Pengikut

IKLAN